Thursday, March 06, 2008

bila tiba musim mengundi maka akan banyak sepanduk dan kain rentang dan juga poster2 yang dapat kelihatan dimana mana sahaja... jumpa perniagaan ini bernilai berjuta juta ringgit...untuk siapa ? untuk parti masing masing jugak...cuma kali ni ada sekali pancing mengundi menggunakan sms...ada yang berkata kan lebih baik duit banyak2 di digunakan untuk rakyat kalau sejuta buat rumah murah bleh buat 33 biji rumah n kasi sewa murah pada rakyat...kalau dua juta tiga juta maka lebih banyak lagi la rumah yang lebih baik daripada rumah setinggan yang dapat dibina...yang baiknya pula bila dipandang dari segi yang lain pula...peniaga2 kecil kecilan untuk membuat printing mendapat durian runtuh...bergitu juga peniaga katering...rezeki pada bulan mengundi kali ini bertambah berlipat ganda...cuma...pada akhir pengundian bila semua calon2 telah dinobatkan kemana akan pergi kesemua sepanduk2 yang telah digantung....mereka telah pun membayar wang cagaran yang mana sekiranya pihak parti masing2 tidak menurunkan poster masing2 maka wang itu akan diambil oleh majlis perbandaran...soalnya kemana sepanduk2 itu akan pergi....pada pendapat aku sebaiknya la sepanduk2 yang berjuta2 keping dan helai ini dimasukkan kekilang kitar semua....daripada dibuang begitu sahaja n buat sampah kat pusat pembuangan sampah lebih baik dikitar semula....wallahualam